Saturday, July 21, 2007

Salam pertemuan......

Melangkah kaki buat pertama kali ke kelas Urbanisasi dan Pembangunan Bandar benar-benar membuatkan aku berdebar, setelah melaluinya baruku tahu tentang makna yang tersirat dan tersurat yang terkandung dalam subjek tersebut. Kuliah pertama berjalan dengan lancar dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh benar-benar menarik perhatianku. Menurut beliau subjek yang dipelajari memerlukan komitmen yang tinggi kerana subjek tersebut merupakan subjek yang agak sukar untuk lulus. Mengikut perancangan awal yang telah ditetapkan, pada 31 Ogos ini kami akan bertolak ke Kota Tinggi, Johor untuk tujuan kerja lapangan. Kami dijadualkan berada disana sehingga 3 September untuk mengkaji dan meneliti beberapa kesan yang telah berlaku akibat daripada banjir yang melanda Johor sekitar akhir tahun 2006. Kajian dan penelitian dibuat lebih berdasarkan keadaan kawasan yang terlibat serta kesan psikologi kepada penduduk setempat akibat daripada banjir yang melanda. Penerangan mengenai kursus ini buat julung kalinya membuatkan kami terfikir sejenak mengenai apa itu urbanisasi........