Thursday, August 30, 2007

Kerja lapangan akan bermula...

Pada hujung minggu ini kami akan bertolak ke Kota Tinggi untuk tujuan kerja lapangan. Kerja lapangan akan bermula pada 31 Ogos 2007 dan berakhir pada 1 September 2007. Kerja lapangan selama tiga hari dua malam ini akan disertai oleh pelajar-pelajar tahun 2 dan dan tahun 3. Pada minggu-minggu sebelum ini kami telah bertungkus lumus mencari maklumat mengenai Kota Tinggi dan kejadian banjir yang telah berlaku di sana pada akhir tahun 2006. Kami berharap kunjungan kami pada hujung minggu ini dapat memberi pelbagai maklumat dan manfaat kepada kami semua, dan seterusnya dapat menjalankan kerja lapangan dengan jayanya. Insyaallah....
Menamakan kumpulan.

Pada minggu lalu kami sekumpulan telah berbincang mengenai nama kumpulan seperti yang dikehendaki oleh Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh. Pada mulanya kumpulan kami diberi nama Kumpulan 9, tetapi setelah berbincang dengan semua ahli, kami telah bersetuju untuk menamakan kumpulan kami sebagai "Serikandi". Pemilihan nama "Srikandi" adalah kerana kami terdiri daripada empat orang ahli yang kesemuanya perempuan. Melalui pemilihan nama tersebut kami berharap kumpulan kami akan berusaha dan melakukan yang terbaik semasa kerja lapangan dijalankan.

Monday, August 13, 2007

Isu: Impak Banjir Ke Atas Ekonomi Setempat.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Kawasan Kota Tinggi.

Kaedah digunakan: Melalui Kaedah Tinjauan, Pemerhatian dan Temubual.

Objektif: 1.Mengetahui keadaan premis-premis perniagaan dalam selepas berlaku banjir.

2.Kesan banjir terhadap premis-premis perniagaan dalam kesan jangka pendek
dan jangka panjang.

3.Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.

4.Harapan untuk masa depan.


Contoh soalan untuk temubual.

1.Jenis perniagaan yang dijalankan.

2.Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

3.Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun

4.Adakah mendapat bantuan? Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

5.Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat
kembali pembeli?

6.Apakah barang atau peralatan yang dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

7.Adakah pemilik premis adalah pemilik baru atau lama? Sudah berapa lama beroperasi?

8.Dari segi psikologi, adakah berlaku trauma kesan daripada berlakunya banjir tersebut?

9.Selepas banjir besar, kenapa sanggup ambil risiko untuk meneruskan perniagaan?

10.Barang atau peralatan yang sudah rosak atau masih boleh digunakan, dibuang atau
dijual kembali?

11.Harapan atau pesanan kepada pihak terbabit dalammengatasi masalah banjir dari terus
berulang pada masa hadapan.