Sunday, September 30, 2007

BANDAR BARU

Definisi bandar baru menurut Frederick J. Osborn dalam Golony, ialah bandar baru boleh dikaitkan dengan istilah "Bandar Taman" iaitu sebuah bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, di kelilingi oleh kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Osborn dan Whittick juga menggariskan bahawa bandar baru merupakan:

  • Satu pola penempatan bandar yang dirancang, direka dan dibina sepenuhnya dengan elemen-elemen penempatan yang lengkap tanpa menetapkan saiz. Saiznya adalah bergantung kepada sejauh mana fungsi unjuran pembangunan yang dicadangkan.
  • Satu perancangan untuk masyarakat mengikut saiz dan kepadatan penduduk yang optimum serta mempunyai garis panduan perancangan.
  • Mempunyai pemilikan tanah sama ada secara hak milik sendiri, awam, kerajaan ataupun swasta.
  • Mencapai tahap lengkap (self-sufficiency) dan mempunyai perimbangan sosioekonomi yang stabil.
  • Suatu pembangunan yang mengikuti konsep reka bentuk peraturan yang ditetapkan.

Manakala menurut Erwin Y. Galantay dalam kertas kerjanya 'The Concept of New Towns: Definitions' :

"......bandar baru merupakan satu usaha perancangan pembangunan ke atas penempatan penduduk yang diselaraskan supaya menghasilkan keseimbangan antara penduduk tambahan dengan penduduk sedia ada".

Sunday, September 23, 2007

KONURBASI

Konurbasi ialah sebuah kawasan gabungan beberapa buah bandar yang sebelumnya terpisah. Proses urbanisasi yang pesat telah menyebabkan perkembangan sempadan bandar merebak ke pinggir bandar. Pada masa yang sama, terdapat pusat-pusat bandar baru mula tumbuh di sekeliling pusat bandar utama. Apabila seluruh kawasan bandar tersebut bercantum, maka wujudlah kawasan bandar yang bergabung dikenali sebagai konurbasi. Guna tanahnya dipenuhi oleh perumahan moden, kilang-kilang industri, bangunan perniagaan dan taman hijau.

Mengapa Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dari negara jiran???

Seperti yang telah kita ketahui pembangunan pesat di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi pekerja asing dari negara jiran, contohnya Indonesia, Filipina dan Thailand. Salah satu faktor penyebab pekerja asing memilih Malaysia adalah untuk mencari peluang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Taraf ekonomi Malaysia yang kukuh menyebabkan penduduk di negara jiran mengambil kesempatan untuk merebut peluang pekerjaan di sini. Selain itu, terdapat banyak kemudahan asas seperti perhubungan yang cekap, sistem telekomunikasi yang baik, kemudahan kesihatan bertaraf tinggi dan sistem pendidikan yang baik. Semua kemudahan inilah yang menjadi faktor tarikan pekerja asing untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Perkembangan sektor ekonomi dalam pelbagai sektor, khususnya sektor industri telah menawarkan banyak peluang pekerjaan. Kekurangan minat rakyat Malaysia untuk bekerja di sektor perindustrian menyebabkan kemasukan pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi tuntutan tersebut. Penawaran gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan juga adalah salah satu faktor penyebab kenapa sektor ini tidak mendapat sambutan di negara ini. Sikap memilih pekerjaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Tindakan pengusaha industri mengambil pekerja asing adalah untuk memenuhi permintaan terhadap barangan yang dikeluarkan. Selain daripada itu, sikap rajin yang ditunjukkan oleh pekerja asing menyebabkan permintaan terhadap buruh asing adalah tinggi di negara ini. Upah yang diperolehi oleh para pekerja asing di negara ini adalah lebih tinggi berbanding upah yang diterima oleh mereka semasa bekerja di negara asal.

Manakala dari segi kedudukan geografi, Malaysia adalah antara negara berhampiran dengan negara-negara mereka. Contohnya, Pulau Sumatera hanya dipisahkan dengan Malaysia oleh Selat Melaka sahaja. Begitu juga dengan Filipina yang berhampiran dengan Sabah. Thailand pula merupakan daratan yang bersambungan dengan Semenanjung Malaysia. Kedudukan negara yang sedemikian memudahkan mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Dengan kemajuan sistem pengangkutan sekarang, jarak relatif menjadi semakin dekat sekarang. Di samping itu faktor kestabilan politik yang terdapat di negara ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan para migran untuk berhijrah di negara jiran mereka.

Berlainan pula dari segi sejarah, Malaysia adalah negara yang berhampiran dengan mereka. Faktor budaya dan adat resam tidak banyak berlainan, contohnya ramai orang Melayu berasal dari Pulau Jawa dan Sumatera. Bahasa yang digunakan juga tidak banyak bezanya. Begitu juga di Sabah, ramai penduduk Sabah berasal dari Kalimantan dan Filipina. Ada di antara mereka mungkin menpunyai saudara mara di sini dan ini memudahkan mereka pindah ke sini untuk mencari pekerjaan.

Tuesday, September 18, 2007

URBANISASI

Urbanisasi atau pembandaran boleh ditakrifkan sebagai proses pertumbuhan penduduk di bandar. Selain itu, urbanisasi juga merujuk kepada proses perubahan terhadap tempat kediaman yang bersifat tradisional kepada kediaman bersifat moden. Urbanisasi juga dikatakan proses perubahan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perniagaan dan perdagangan.

Urbanisasi berlaku di negara-negara sedang membangun dan juga di negara maju. Tetapi ciri-ciri urbanisasi di kedua-dua negara adalah berbeza mengikut tahap negara masing-masing. Ciri-ciri urbanisasi di negara membangun ialah migrasi ke bandar, pendapatan rendah, kerja di kilang kurang, urbanisasi palsu, terlibat dalam sektor tertier dan akhir sekali ialah taraf hidup rendah. Manakala ciri-ciri urbanisasi di negara maju ialah migrasi ke bandar, taraf hidup tinggi, banyak peluang kerja di kilang, terlibat dalam sektor kilang dan akhir sekali jumlah pendapatan yang tinggi.

Migrasi ke bandar merupakan ciri pertama urbanisasi di negara yang sedang membangun. Migrasi dalaman dan luaran berlaku demi meningkatkan kualiti hidup. Contohnya migrasi dalaman yang dilakukan oleh penduduk Indonesia adalah demi kepentingan bersama. Selain itu, proses transmigrasi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia adalah untuk menyeimbangkan sumber-sumber yang ada. Penduduk Pulau Jawa di pindahkan ke pulau-pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang mempunyai populasi penduduk yang sedikit.

Proses transmigrasi ini telah mewujudkan banyak bandar baru.Di samping itu, penawaran peluang pekerjaan di sektor perkilangan adalah kurang dan ini menunjukkan berlakunya proses pembandaran atau urbanisasi. Kebanyakan penduduk di negara sedang membangun mengambil peluang bekerja di sektor perkilangan demi menambahkan pendapatan mereka. Pendapatan yang rendah diterima oleh penduduk adalah ciri ketiga proses urbanisasi di negara sedang membangun. Pendapatan rendah yang diterima oleh mereka adalah disebabkan penawaran peluang pekerjaan yang sedikit. Hal ini kerana urbanisasi di negara sedang membangun tidak disertai dengan proses perindustrian.

Terdapat banyak urbanisasi palsu (pseudo urbanization) berlaku disebabkan oleh proses pembandaran. Urbanisasi palsu atau lebih dikenali sebagai setinggan banyak terdapat di bandar-bandar negara sedang membangun. Masalah setinggan ini adalah kerana faktor pendapatan yang rendah tetapi taraf hidup yang tinggi. Pada pandangan saya, masalah setinggan ini patut diatasi demi mempercepatkan lagi proses pembandaran. Selain daripada itu, kebanyakan penduduk terlibat dalam sektor tertier atau lebih dikenali dengan sektor pertanian. Kebergantungan penduduk terhadap sektor ini masih lagi tinggi kerana faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan yang rendah. Keterlibatan penduduk dalam sektor tertier menyebabkan taraf hidup penduduk di negara yang sedang membangun rendah.

Manakala ciri pertama urbanisasi di negara maju pula adalah sama dengan ciri urbanisasi di negara yang sedang membangun iaitu migrasi ke bandar. Migrasi ke bandar berlaku adalah disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang banyak. Penawaran peluang pekerjaan yang yang banyak adalah disebabkan oleh keterlibatan bandar dalam sektor perkilangan. Hal ini kerana perkembangan bandar disebabkan oleh perkembangan perkilangan. Proses ini seterusnya menambahkan pendapatan rakyat di negara maju.

Apa yang telah saya huraikan diatas adalah pandangan saya berdasarkan rujukan yang telah dilakukan.

Wassalam.

Wednesday, September 12, 2007

Pengalaman di Kota Tinggi....

Sewaktu kerja lapangan yang dilakukan di Kota Tinggi iaitu pada 1 September 2007 hingga 3 September 2007, saya mendapati bahawa terlalu banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan anda semua. Secara jujurnya banyak pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sewaktu kerja lapangan dijalankan. Pengalaman menemuramah responden adalah satu pengalaman yang baru, kami dilayan dengan begitu baik sekali. Semua soalan yang diajukan dijawab secara jujur oleh para responden. Hal ini memudahkan kami untuk mengumpul data yang diperlukan.Kesemua responden kami terdiri daripada peniaga yang berniaga di sekitar bandar Kota Tinggi.

Jika dilihat secara kasar hampir kesemua daripada responden tersebut masih lagi dalam keadaan trauma. Keadaan ini dapat dilihat apabila salah seorang responden yang ditemuramah berlinangan air mata sewaktu menceritakan detik-detik beliau mengharungi banjir. Hati kami terusik dengan penjelasan yang diberikan, tetapi perasaan tersebut harus disimpan demi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pensyarah.

TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI< JOHOR

Sabtu: 01/09/07
08.00am: Berkumpul di hentian bas kolej za’ba
09.00am: Bertolak ke Kota Tinggi
02.00pm: Sampai di Kota Tinggi/ Check in Hotel (Pilton Hotel)
04.00pm: Aktiviti fieldwork
06.00pm: Tamat sesi pertama fieldwork (hasil: 11 responden)
07.00pm: Rehat dan Solat
08.00pm: Aktiviti bebas/ perbincangan kumpulan (SriKandi)
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Ahad: 02/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Aktiviti fieldwork
01.30pm: Rehat/Solat
02.30pm: Sambung aktiviti fieldwork
04.00pm: Tamat sesi ke-2 aktiviti fieldwork (hasil: 19 responden)
05.00pm: Aktiviti bebas
08.00pm: Perbincangan kumpulan
11.00pm: Pulang ke kamar masing-masing

Isnin: 03/09/07
08.30am: Sarapan bersama ahli kumpulan
09.00am: Berangkat ke Majlis Daerah Kota Tinggi **
11.45am: Kembali ke Hotel
12.00pm: Check out Hotel/ Makan tengahari
02.00pm: Kembali ke Majlis Daerah Kota Tinggi
04.00pm: Bertolak ke UKM

** Untuk kumpulan yang menjalankan penyelidikan dengan pihak government

Friday, September 7, 2007

Tutor Batal.....

Kelas tutorial pada minggu ini iaitu 7 September 2007 telah dibatalkan. Kami mendapat maklumat tersebut dari ketua kelas iaitu Ahmad Afeeq bahawa Prof. telah mengarahkan kami untuk mengemaskini blog masing-masing. Pada masa ini semua rakan-rakan dengan giat menambah maklumat-maklumat terbaru untuk blog masing-masing.

Isu: Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Bandar Kota Tinggi.

Kaedah digunakan :1) Kaedah Tinjauan

2) Pemerhatian

3) Soal Selidik

4) Temubual.

Objektif :

1) Mengetahui keadaan ekonomi bandar selepas berlaku banjir.

2) Kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa pendek dan panjang.

3) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.

4) Harapan untuk masa depan.

Pengenalan.

Menurut Ahmad Idris Md Noor (1989) dalam perbentangan kertas kerja seminarnya ”Kesan dan masalah ekonomi bandar berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru(DEB)”, ekonomi bandar merupakan ekonomi negara yang besar dimana peratus pembangunan adalah lebih besar dari ekonomi luar bandar. Ekonomi bandar dan luar bandar mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Menurut beliau, struktur bandar merupakan pertalian antara bandar-bandar yang terbentuk dalam satu hierarki. Sama seperti negara di dunia, dimana tidak semua bandar mempunyai fungsi yang sama.

Terdapat tiga jenis bandar yang dikelaskan iaitu bandar utama, bandar pertengahan atau sederhana dan bandar kecil. Bandar utama mengendalikan fungsi secara komprehensif seperti menjadi pusat kewangan, perniagaan, pengedaran, pembuatan, pelajaran tinggi serta pentadbiran. Juga membekalkan barang dan perkhidmatan yang bermutu serta kepakaran yang tinggi seperti ikhtisas dan teknologi tinggi untuk mengeluarkan barangan tersebut. Bandar kecil pula memainkan fungsi yang terhad. Fungsi ini boleh dikatakan sebagai pusat perniagaan yang kecil kepada kawasan kampung, bandar dan luar bandar. Juga membekalkan perkhidmatan serta barangan yang bermutu rendah iaitu memerlukan input kepakaran yang rendah sahaja. Manakala bagi bandar pertengahan atau sederhana pula mengendalikan pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini tidak menyeluruh dan tidak mencapai tahap yang tinggi seperti fungsi-fungsi di bandar utama.

Daripada perbincangan kertas kerja seminar didapati sektor ekonomi bandar tidak diberi tempat yang sewajarnya di dalam mana-mana perancangan negara, ini menyukarkan untuk melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti dengan lebih terperinci.

Contoh soalan untuk soal selidik:

1. Jenis perniagaan yang dijalankan:

Restauran

Kedai Pakaian

Kedai Serbaneka

Lain-lain

2. Hak milik premis:

Sendiri

Sewa

3. Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga:

<>

RM10 ribu

RM20 ribu

>RM20 ribu

4. Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun:

Meningkat

Menurun

5. Adakah mendapat bantuan?

Ya

Tidak

6. Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

Kerajaan

NGO

Persendirian

7. Adakah barang atau peralatan dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

Ya

Tidak

8. Adakah pemilik premis sekarang adalah pemilik baru atau lama?

Baru

Lama

9. Sudah berapa lama beroperasi?

<>

1-5 tahun

6-10 tahun

>10 tahun

10. Dari segi psikologi, adakah berlaku trauma kesan daripada berlakunya banjir tersebut?

Ya

Tidak

Soalan Struktur.

11. Selepas banjir besar, kenapa sanggup ambil risiko untuk meneruskan perniagaan?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

12. Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat kembali pembeli?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

13. Barang atau peralatan yang sudah rosak atau masih boleh digunakan, dibuang atau dijual kembali?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

14.Rancangan masa depan dalam menangani masalah banjir ini, sekiranya berlaku lagi?

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

15. Harapan atau pesanan kepada pihak terbabit dalam mengatasi masalah banjir dari terus berulang pada masa hadapan.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

TINJAUAN AWAL KE KOTA TINGGI (Kumpulan 9 - SRIKANDI)

Pada 2 dan 3 ogos 2007 yang lalu, ketua-ketua kumpulan telah melakukan tinjauan awal ke Kota Tinggi untuk melihat kawasan kajian dan kesan banjir ke atas kawasan setempat. Kumpulan kami telah di wakili oleh Nur Aifa Hazwani, selaku ketua kumpulan 9. Hasil dari maklumat beliau, pemerhatian telah dilakukan di sekitar bandar Kota Tinggi, Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh. Selain itu, wakil kumpulan kami juga turut melakukan sedikit temubual terhadap penduduk Kampung Kelantan mengenai kesan banjir besar yang telah berlaku. Responden menyatakan banjir ini merupakan yang terburuk yang pernah melanda dan kebanyakkan dari mereka masih lagi trauma terhadap kejadian banjir tersebut.Selain itu juga, hasil temubual juga mendapati ada mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan untuk membaiki kediaman dan peralatan yang rosak teruk dan terpaksa mencari alternatif sendiri. Penerangan juga turut diberikan oleh penghulu mukim Kota Tinggi, Wan Ismail Wan Ngah atau lebih mesra dipanggil gelaran Tok Wan dan ketua Kampung Kelantan, ustaz Latif. Tok Wan menberi penerangan mengenai keadaan banjir yang berlaku dan bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa. Menurut beliau, secara kasarnya 150-160 buah rumah di kg Kelantan terlibat dengan banjir manakala hampir 170 buah rumah di kg Tembioh. Lebih 10 buah rumah di kg Tembioh ranap dan ditempatkan di kuaters kerajaan. Secara kasar juga dianggarkan lebih RM 10 ribu kerugiaan yang dialami oleh setiap mangsa.Pada 9/1/1948 merupakan tarikh terakhir Kota Tinggi dilanda banjir besar sebelum berlaku banjir yang lebih besar pada penghujung 2006 dan banjir yang berlaku pada awal tahun 2007 mengatasinya. Selepas itu, rombongan turut berkesempatan mendapat maklumat di Pejabat Daerah Kota Tinggi yang menjadi bilik gerakan apabila banjir berlaku. Kerjasama daripada pihak Pejabat Daerah dan penduduk yang sudi hadir memberitahu mengenai keadaan banjir adalah diluar jangkaan. Segala kerjasama dan kesudian dalam berkongsi maklumat kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.

SALAM MERDEKA!!!!!!!!!!!

Pada pertemuan kali ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50" semoga Malaysia akan terus maju,cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. "Malaysia Boleh" itulah kata-kata hikmat yang sering dilaungkan oleh rakyat Malaysia yang juga menjadi kata semangat untuk saya lebih berjaya sama ada di dunia atau pun di akhirat. Begitu juga dengan subjek yang dipelajari iaitu "Urbanisasi dan Pembangunan Bandar", saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang pada semester kali ini, jika Malaysia gembira dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 , bagi saya pula mendapat keputusan yang cemerlang adalah kegembiraan yang patut dikongsi sempena sambutan tersebut. Doa daripada semua diharap mengiringi saya untuk berjaya. MERDEKA!!!