Pada 2 dan 3 ogos 2007 yang lalu, ketua-ketua kumpulan telah melakukan tinjauan awal ke Kota Tinggi untuk melihat kawasan kajian dan kesan banjir ke atas kawasan setempat. Kumpulan kami telah di wakili oleh Nur Aifa Hazwani, selaku ketua kumpulan 9. Hasil dari maklumat beliau, pemerhatian telah dilakukan di sekitar bandar Kota Tinggi, Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh. Selain itu, wakil kumpulan kami juga turut melakukan sedikit temubual terhadap penduduk Kampung Kelantan mengenai kesan banjir besar yang telah berlaku. Responden menyatakan banjir ini merupakan yang terburuk yang pernah melanda dan kebanyakkan dari mereka masih lagi trauma terhadap kejadian banjir tersebut.Selain itu juga, hasil temubual juga mendapati ada mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan untuk membaiki kediaman dan peralatan yang rosak teruk dan terpaksa mencari alternatif sendiri. Penerangan juga turut diberikan oleh penghulu mukim Kota Tinggi, Wan Ismail Wan Ngah atau lebih mesra dipanggil gelaran Tok Wan dan ketua Kampung Kelantan, ustaz Latif. Tok Wan menberi penerangan mengenai keadaan banjir yang berlaku dan bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa. Menurut beliau, secara kasarnya 150-160 buah rumah di kg Kelantan terlibat dengan banjir manakala hampir 170 buah rumah di kg Tembioh. Lebih 10 buah rumah di kg Tembioh ranap dan ditempatkan di kuaters kerajaan. Secara kasar juga dianggarkan lebih RM 10 ribu kerugiaan yang dialami oleh setiap mangsa.Pada 9/1/1948 merupakan tarikh terakhir Kota Tinggi dilanda banjir besar sebelum berlaku banjir yang lebih besar pada penghujung 2006 dan banjir yang berlaku pada awal tahun 2007 mengatasinya. Selepas itu, rombongan turut berkesempatan mendapat maklumat di Pejabat Daerah Kota Tinggi yang menjadi bilik gerakan apabila banjir berlaku. Kerjasama daripada pihak Pejabat Daerah dan penduduk yang sudi hadir memberitahu mengenai keadaan banjir adalah diluar jangkaan. Segala kerjasama dan kesudian dalam berkongsi maklumat kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment