Sunday, September 23, 2007

Mengapa Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dari negara jiran???

Seperti yang telah kita ketahui pembangunan pesat di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi pekerja asing dari negara jiran, contohnya Indonesia, Filipina dan Thailand. Salah satu faktor penyebab pekerja asing memilih Malaysia adalah untuk mencari peluang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Taraf ekonomi Malaysia yang kukuh menyebabkan penduduk di negara jiran mengambil kesempatan untuk merebut peluang pekerjaan di sini. Selain itu, terdapat banyak kemudahan asas seperti perhubungan yang cekap, sistem telekomunikasi yang baik, kemudahan kesihatan bertaraf tinggi dan sistem pendidikan yang baik. Semua kemudahan inilah yang menjadi faktor tarikan pekerja asing untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Perkembangan sektor ekonomi dalam pelbagai sektor, khususnya sektor industri telah menawarkan banyak peluang pekerjaan. Kekurangan minat rakyat Malaysia untuk bekerja di sektor perindustrian menyebabkan kemasukan pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi tuntutan tersebut. Penawaran gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan juga adalah salah satu faktor penyebab kenapa sektor ini tidak mendapat sambutan di negara ini. Sikap memilih pekerjaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Tindakan pengusaha industri mengambil pekerja asing adalah untuk memenuhi permintaan terhadap barangan yang dikeluarkan. Selain daripada itu, sikap rajin yang ditunjukkan oleh pekerja asing menyebabkan permintaan terhadap buruh asing adalah tinggi di negara ini. Upah yang diperolehi oleh para pekerja asing di negara ini adalah lebih tinggi berbanding upah yang diterima oleh mereka semasa bekerja di negara asal.

Manakala dari segi kedudukan geografi, Malaysia adalah antara negara berhampiran dengan negara-negara mereka. Contohnya, Pulau Sumatera hanya dipisahkan dengan Malaysia oleh Selat Melaka sahaja. Begitu juga dengan Filipina yang berhampiran dengan Sabah. Thailand pula merupakan daratan yang bersambungan dengan Semenanjung Malaysia. Kedudukan negara yang sedemikian memudahkan mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Dengan kemajuan sistem pengangkutan sekarang, jarak relatif menjadi semakin dekat sekarang. Di samping itu faktor kestabilan politik yang terdapat di negara ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan para migran untuk berhijrah di negara jiran mereka.

Berlainan pula dari segi sejarah, Malaysia adalah negara yang berhampiran dengan mereka. Faktor budaya dan adat resam tidak banyak berlainan, contohnya ramai orang Melayu berasal dari Pulau Jawa dan Sumatera. Bahasa yang digunakan juga tidak banyak bezanya. Begitu juga di Sabah, ramai penduduk Sabah berasal dari Kalimantan dan Filipina. Ada di antara mereka mungkin menpunyai saudara mara di sini dan ini memudahkan mereka pindah ke sini untuk mencari pekerjaan.

5 comments:

Unknown said...

Nice

Unknown said...

Good

Unknown said...

goooooooddddff

Unknown said...

jjj

Unknown said...

wah bro...negara berdaulat ada sempadan bro..masuk negara tidak sama dengan masuk kedai