Sunday, September 30, 2007

BANDAR BARU

Definisi bandar baru menurut Frederick J. Osborn dalam Golony, ialah bandar baru boleh dikaitkan dengan istilah "Bandar Taman" iaitu sebuah bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, di kelilingi oleh kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Osborn dan Whittick juga menggariskan bahawa bandar baru merupakan:

  • Satu pola penempatan bandar yang dirancang, direka dan dibina sepenuhnya dengan elemen-elemen penempatan yang lengkap tanpa menetapkan saiz. Saiznya adalah bergantung kepada sejauh mana fungsi unjuran pembangunan yang dicadangkan.
  • Satu perancangan untuk masyarakat mengikut saiz dan kepadatan penduduk yang optimum serta mempunyai garis panduan perancangan.
  • Mempunyai pemilikan tanah sama ada secara hak milik sendiri, awam, kerajaan ataupun swasta.
  • Mencapai tahap lengkap (self-sufficiency) dan mempunyai perimbangan sosioekonomi yang stabil.
  • Suatu pembangunan yang mengikuti konsep reka bentuk peraturan yang ditetapkan.

Manakala menurut Erwin Y. Galantay dalam kertas kerjanya 'The Concept of New Towns: Definitions' :

"......bandar baru merupakan satu usaha perancangan pembangunan ke atas penempatan penduduk yang diselaraskan supaya menghasilkan keseimbangan antara penduduk tambahan dengan penduduk sedia ada".

No comments: